Tuesday, January 21, 2020

Kaum Dusun Sabah bukan berasal dari China, Tibet maupun Taiwan.

EDISI BORNEO
Selama ini kaum Dusun dituduh berasal dari China, Vietnam, Tibet ataupun Taiwan. Bukti saintifik genetik membantah semuanya. 

Dusun memiliki haplogroup M dan subclade haplogroup E1a1a (mtDNA). haplogroup M merupakan nenek moyang kepada subgroups lain seperti D, E dan G. Selain daripada itu, E1a1a merupakan subgroup Haplogroup E, dalam erti kata lain, haplogroup E merupakan leluhur untuk subgroup E1a1a. 

Projek Genalogy DNA kaum Dusun juga menunjukkan mereka memiliki haplogroup O2-P31. Kerana suku kaum di selatan China jg memiliki haplogroup O2 tapi hampir tidak dijumpai yang memiliki haplogroup E, maka suku-suku bangsa di Borneo la yang membenihkan bangsa-bangsa di China. Ini yg dibuktikan usia genetik suku-suku bangsa di China hanya berusia 30-50 ribu tahun, semantara suku-suku di Asia Tenggara ada yang setua 63,000 ribu tahun. Dalam kes mtDNA haplogroup E, kawasan Borneo memiliki diversity yang lebih tinggi daripada di Taiwan. Maka, teori yang mengatakan Dusun berasal dari Taiwan nampaknya tidak sesuai dengan fakta saintifik.

Suku kaum Semang di Malaysia Barat dikatakan suku tertua di Asia Tenggara, merupakan yang menurunkan sub etnik Negrito lainnya. Sub etnik Negrito seperti Jakun, Semang, Senoi, Jahai, etc ini kemudian menurunkan kaum Dusun, Iban, Dayak Darat (Bidayuh) dan suku-suku Dayak lain. Yang membezakan Orang Asli Semenanjung (Negrito) dengan Orang Asli Borneo adalah warna kulit mereka, Orang Asli Borneo lbh cerah dan putih.  Suku Semang dikatakan “direct descendent” daripada penghijrah terawal Homo Sapiens dr Africa 200k tahun dahulu, sampai ke Semenanjung Malaysia sekitar 70k tahun lalu. Suku Semang melahirkan suku-suku Orang Asli lain, seperti Jakun (Negrito). Dr suku Semang, Senoi dan Jakun ini muncul kaum Dusun, Iban, Bidayuh dan suku2 Dayak lain. Dari kaum Dusun, Iban dan Dayak Darat lahirlah suku Jawa, Bugis, Minangkabau, Tagalog, Visaya, etc. 


Note :

Ini merupakan hasil daripada penelitian Prof. Zafarina dari USM, S.G. Tan dari UPM. Kemudian juga oleh Oppenheimer dan beberapa rakannya daripada University of Oxford dan University of Leeds pada tahun 2008. Sebelumnya ada S.W. Ballinger, Theodore G. Schur, Antonio Torrin, Douglas C. Wallace, etc, dari University of Medicine Atlanta, USA; UPM, Institute of Medical Research, Kuala Lumpur dan University of California, USA.
/// 
Ex. YoS BieJay
PChepa, Kelantan.

No comments: