Menghuraikan persoalan ini, perlu terlebih dahulu difahami dengan benar apa itu SEKULAR (Secularisme) itu.
UNTUK
mendapat gambaran jelas mengenai fahaman dan amalan sekular ini,
kita perlu menyoroti kembali sejarah serta latar belakang kelahirannya
di dunia Barat yang berI'ttiqad Kristian (i'ttiqad trinity : النصارا).
Hanya
dgn pemindahan makna langsung dari dictionary kepada bahasa kita,
tidak akan dapat memberi gambaran yg sebenar tentang tajuk yg
dibincangkan ini.
Ajaran
kristian seperti yg terdapat dalam kitab-kitab Injil yg ada di tangan
orang-orang Kristian hari, hanyalah memberi penekanan kepada hal-hal yg
berkaitan dgn peningkatan kerohanian, kehidupan akhirat, menyebarkan
sifat-sifat kasih sayang, berlapang dada
[ tasamuh ] dan menolak kekerasan hatta terhadap mereka yg melakukan
kekerasan terhadap penganut kristian, menganjurkan kehidupan zuhub dgn
mengenepikan kepentingan jasmani termasok biologist (perkahwinan) dan kebendaan. Tidak terdapat dalam
kitab-kitab Injil ajaran-ajaran tentang pembinaan ilmu dan tamadun,
peraturan yg berkaitan dgn politik, sosial dan sebagainya.
Ini
dia bentuk ajaran kristian yg disebarkan di kalangan masyarakat Eropah
sejak diisyhtiharkan sebagai agama rasmi negara oleh maharaja Rom,
Constantine dalam tahun 324 Masihi. Bertolak daripada ajaran di atas,
hubungan pihak berkuasa gereja dgn kerajaan dan masyarakat diasaskan kepada
teori '' Dua Pedang '' [ teory of two sword ],
Sekular
dari perkataan Latin " saequlum " yg membawa makna '' masa sekarang '' dan
'' duniawi '', seperti yg disebut oleh Syed Muhammad An Naqib Al Attas:
'' The concept secular refers to the condition of the word at this
particular time or period or age'' [ Islam and Sucularism ] iaitu pedang kerohanian yg diwakili oleh kuasa gereja dan pedang keduniaan yg diwakili oleh kuasa pemerintahan awam.
Kemudia
berlaku perkembangan di mana institusi gereja melampaui peranan
hakikinya dgn turut merangkul dan meletakan di bawah cengkamannya kuasa
pemerintahan serta segenap aspek kehidupan awam.
Keadaan
ini lah yg berlaku menyebabkan empayar Rom berpecah dan menjadi lemah. Bermula
dari sini, kehidupan masyarakat Eropah mengalami zaman kemunduran, jumud
serta penindasan oleh kaum gereja terhadap rakyat dan juga raja yg
dikenali dgn zaman kegelapan atau Dark Age.
Risalah
kerohanian yg sepatutnya menjadi keutamaan kaum gereja bertukar kpd
kerakusan mengumpulkan harta benda dgn mengenakan berbagai-bagai cukai
yg membebankan rakyat dan menjual sijil-sijil pengampunan. Dengan
kekayaan yg melimpah ruah, institusi gereja
telak bertukar menjadi pusat keruntuhan akhlak, setanding dgn
pusat-pusat yg bersifat keduniaan, bahkan kadang-kadang mengatasinya
dalam melakukan persundalam dan maksiat.'' [ An Nadawi, Maza Khasira Al
A'lam ]
Menurut
gambaran rahib Jarum: '' Kehidupan para paderi kemewahan mereka
mengalahkan kemewahan yang dinikmati para raja dan golongan hartawan.
Akhlak golongan pop telah rosak dengan begitu teruk sekali. Kerakusan
dan ketamakkan kepada harta menguasai diri mereka, hingga ke peringkat
menjadikan pangkat dan jawatan dalam institusi gereja seperti barangan
jual beli. Mereka
menjual tanah syurga dgn menggalakkan orang ramai membeli kad serta
sijil pengampunan yang boleh menghapuskan dosa pada masa dan akan
datang...'' [ Con-flict of Religion and Science ]
Lebih
malang lagi, khususnya dalam kontek perkembangan ilmu pengetahuan,
penyelidikan ilmiah serta kebebasan berfikir, apabila kaum gereja telah
menyeludupkan ke dalam kitab-kitab agama mereka pandangan-padangan
tetang alam tabi;i yang wujud pada masa itu
dan dijadikan sebagai akidah agama. Misalnya pendapat yg diketenggahkan
oleh Aristotle, seorang ahli falsafah Greek bahawa bumi adalah pusat
peredaran segala cakerawala, telah dijadikan pegang agama oleh kaum
gereja.
Namun
penemuan baru dalam didang astronomi yang dikemukakan oleh Nicolaus
Copernicus [ 1473-1543 ] menunjukkan bahawa bumi bukanlah paksi utama
pergerakan cekerawala, sebaliknya ia hanyalah satu daripada
cakerawala-cakerawala lain yg beredar berpaksikan matahari.
Maka
ekoran daripada perkembangan ini, kesahihan faktar sain dalam kitab
suci agama Kristian mula dicabar satu demi satu dgn setiap penemuan
baru dalam didang sains, dan kewibawaan gereja juga turut sama
tercabar. Maka berlakulah pertentangan antara ahli fikir dan kaum
gereja.
Berasas
latar belakan ini juga, adalah penting diberi perhatian. Daripada
sejarah latar belakang kelahiran fahaman sekular serti yg dipaparkan itu
adalah nyata bahawa sekular tidak ada kena mengena dengan Islam,
seperti yg ditegaskan oleh Syed Muhammad An Naqib Al Attas: Islam
totally rejects any application to itself of the concepts secular, or
secularization, or secularism as they and belong and alien to it in
every respect and they belong and are natural only to the
intellectual history of Western Christion religious experience and
conciousness. [ Islam and Secularism ], adalah
penting diberi perhatian bahawa setiap istilah yg dipakai dalam
membicarakan tajuk ini, diberi makna yg tersendiri berlainan dari
maknanya menurut pergertian biasa. Umpama apabila kita mengatakan: Agama
dipisahkan daripada politik. '' Maka '' agama '' di sini merujuk kpd
Kristian sahaja.
Malah
perkataan '' Kristian '' itu sendiri bukanlah bermakna ajaran-ajaran yg
terdapat dalam kitab-kitab Injil, tetapi ia lebih kepada
fikiran-fikiran dan pandangan kaum gereja yang jumud serta
peraturan-peraturan dan kepercayaan yg direka oleh mereka dgn
tujuan untuk menguasai manusia yg diberi pakaian agama [ Kristian ].''
Jadi dalam kontek ini, apabila dikatakan; '' Pertentangan antara agama
dan sains'', ia bermakna: '' Pertentangan antara kaum gereja dgn segala
ajaran yg direa oleh mereka dan sains.''
Seperkara
lagi yg perlu diberi perhatian dalam kita membicarakan tajuk sekular
ini ialah: Dari aspek kemanusiaan, proses sekularisasi yg berlaku dalam
masyaralkat Barat-Kristian adalah satu keperluan bagi menyelamatkan
manusia di Barat dari kesengsaraan, penindasan dan berterusan berada
dalam zaman kegelapan [ Dark Age ].
Dari
segi Dakwah Islamiyah pula, umat Islam lebih selamat dan lebih bebas
mengamalkan ajaran Islam, malah menyebarkan Dakwah Islamiyah di kalangan
masyarakat Eropah ketika berada di bawah pemerintahan sekular setelah
fahaman Salibiah yg diamalkan oleh kaum
gereja dapat disisihkan. Telah disebutkan sebelum ini bahawa pada zaman
kekuasaan gereja, perbezaan agama tidak dibenarkan sama sekali, malah
perbezaan mazhab juga dilarang.
Setelah
seluruh kerajaan Islam Andalusia jatuh ke tangan tentera Salib dgn
penyerahan Granada, negeri Islam terakhir oleh Sultan Abu Abdullah
kpd pasangan raja Kristian Ferdinand dan Isabela pada 2hb januari
1492, bermulalah gerakan penghapuskan Islam dari bumi Andalusia.
Pihak
gereja tidak membenarkan sama sekali agama yg lain selain daripada
Katolik berada di bumi Sepanyol. Orang-org Islam yg enggan keluar dari
Sepanyol dipaksa menganut agama Kristian serta yg enggan bertukar agama
dibunuh dengan cara yg amat kejam iaitu dibakar hidup-hidup.
Pihak
pemerintah menubuhkan Mahkamah Penyiasatan [ Inqisition ] bagi memburu
mereka yg berpura-pura menganut Kristian tetapi mengamalkan Islam secara
sulit. Pemburuan dan penyembelihan terhadap umat Islam ini beterusan
hingga lebih dua abad lamanya. Kalau kita perhaluskan sejarah sekular
ini kita menintiskan air mata.....
Menurut
Dr. Ahmad Syalbi, dianggarkan lebih dari 300,000 orang telah dijatuhkan
hukuman bakar oleh Mahkamah ini semenjak penubuhannya di Sepanyol [ Al
Masihiyah ].
Islam
hanya dapat bertapak semula selepas lima abad kemudian, setelah gereja
dipisahkan dari kuasa awam dan tertubuhnya kerajaan sekular yg
mengamalkan demokrasi di Sepanyol dalam tahun 1975.
Kembali
kepada perjuangan UMNO , adalah jelas seperti yang termaktub dalam
Fasar 3, Ceraian 3.3 menyatakan bahawa tujuan penubuhan UMNO sebagai
sebuah parti politik ialah untuk: '' Menengak, mempertahan dan
mengembangkan agama tauhid (ad-din) & i'ttiqad islam (al-Islam) rasmi negara, sekarang
ditukar agama rasmi persekutuan, serta menghormati prinsip kebebasan
beragama,'' Sedangkan sekular seperti yg diketahui adalah perjuangan
membebaskan diri dari agama.
Pada
hakikatnya, berasaskan faktar sejarah. UMNOlah yg mempelopori
perjuangan menentang sekularisasi di tanahair kita. Maknanya apa yg
katakan oleh golongan Syaitan bisu meleset sama sekali.
Rancangan
Malaysia Union yang cuba dipaksakan oleh British ke atas Tanah Melayu,
selain daripada ianya merupakan suatu bentuk penjajahan, ia juga adalah
satu perancangan mensekularkan negara ini, kerana dalam rancangan Malaya
Union seluruh kuasa negeri-negeri Melayu diletakkan dalam kuasa
kerajaan Britain, yg tinggal pada orang Melayu hanyalah '' hal ehwal ''
Agama '' menurut pengertian British ialah urusan ibadat dan
kekeluarga sahaja. Dengan Kuasa Allah, Orang-orang
Melayu pada ketika itu, yg kemudiannya bersatu di bawah naugan UMNO ,
menyedari bahawa rancangan ini bercanggah dgn ajaran Islam, kerana
mereka memahami bahawa Islam (al-Islam) itu adalah i'ttiqad yang
diredhoi Allah serta agama (ad-din) tauhid yang benar dan kedaulatan ,
ibadat
dan pemerintahan.
Lalu
UMNO ditubuhkan untuk menjadi wadah bagi perjuangan umat menentang
Malaya Union dan menegakkan kedaualatan Islam dgn membebaskan
tanahair dari cengkaman penjajah British. Bukan Parti PAS.
Memandangkan
hakikat inilah , maka penubuhan UMNO mendapat sokongan padu daripada
para ULAMA' pada ketika itu. Beberapa wakil dan pemerhati ke Kongres
Melayu 1946 yg melahirkan UMNO terdiri daripada kalangan ulama;.
Antara mereka sekadar menyebutkan beberapa nama ialah:
1. Haji Husin Cik Dol [ Kesatuan Melayu Kedah ]
2. Haji Fadhullah Suhaimi [ Persatuan Persetiaan Melayu Kelantan ]
3. Sheikh Ahmad Sheikh Mustafa [ Persekutuan Melayu Negeri Sembilan ]
4. Haji Ismail Hamza- Mufti Perak [ Perikatan Melayu Perak ]
5. Sheikh Hamzah Mu'ti [ Persatuan Melayu Perak ]
6. Haji Mohd Nur Bakri [ Pembantu Indonesia Merdeka Se Melayu ]
Pada
28hb Mei,1946, satu perhimpunan terbesar orang-orang Melayu diadakan di
Kuala Kangsar, Perak bagi menyatakan bantahan terhadap racangan Malaya
Union. Perhimpunan ini dilahadiri oleh Raja-raja Melayu, Dato' Onn dan
para pemimpin UMNO, dua orang Ahli Parlimen British, iaitu Kapten
Gammans dan Lt. Col. Rees Williams, serta rakyat jelata dari seluruh
pelusuk negeri Perak.
Dalam
perhimpunan ini, Mufti Perak, Haji Ismail Hamzah telah membaca
perisytiharan membantah Malaya Union. Antara isi kandungan perisytiharan
itu tersebut berbunyi: '' Kami pohon menyatakan bahawa bagi membawa
perkara ini di dalam lingkungan undang-undang
kekuasaan negeri-negeri asing [ Foreign Juris-diction Act of 1890 ] itu
adalah suatu langkah yg bertujuan melenyapkan kami dari alam politik.
Kami telah pun dan masih mendakwa adalah kami berpemerintahan
Sultan-sultan Islam Melayu yang merdeka '' [ Ibrahim Mahmood, Sejarah
perjuangan Bangsa Melayu ]
Adalah
jelas daripada petikan perisytiharan di atas, bahawa perjuangan UMNO
ialah untuk mempertahankan kedaulatan Islam yg cuba disekularkan oleh
British melalui rancangan Malaya Union. Cuma istilah sekular ini belum
lagi dikenali di kalangan orang-orang Melayu pada waktu itu.
Dengan
ini, nyatalah bahawa UMNO adalah pelopor dalam perjuangan menentang
fahaman sekular di negara kita. Maka pendapat saya sesiapa menentan UMNO
ada haram hukumnya mengikut dalil-dali nas-nas dan sejarah ini.
///
Ex. YoS BieJey
Panchor, PChepa, Kelantan.